BANGKOK – Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz USS George H.W. Bush, kapal utama Kumpulan Tempur Kapal Pengangkut Pesawat 10 Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), dan kapal pemusnah kelas Arleigh Burke USS Delbert D. Black tiba di Phuket untuk lawatan berjadual, menurut Kedutaan AS di Thailand pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Phuket akan menjadi pelabuhan persinggahan pertama bagi Kumpulan Tempur Kapal Pengangkut Pesawat George H.W. Bush (GHWBCSG) sejak berlepas dari Norfolk, Virginia dan Mayport, Florida pada Mac untuk penugasan,” menurut kenyataan itu.
Sepanjang enam bulan lepas, kumpulan tempur berkenaan memberikan sokongan kepada Operasi Epic Fury dan menyertai sekatan laut di kawasan tanggungjawab Pemerintah Pusat AS di Asia Barat, menurut kedutaan itu.









