sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Impian pertahanan muda berdarah Malaysia-England, Harry Montague untuk bergelar pemain profesional akhirnya menjadi kenyataan apabila dia menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United.

Montague, yang mempunyai kaitan dengan Malaysia menerusi ibunya, sebelum ini pernah menyertai akademi West Ham ketika berusia sembilan tahun sebelum meninggalkan kelab berkenaan dan kembali beberapa tahun kemudian.

Musim lalu menyaksikan pemain muda itu membuat lebih 20 penampilan bersama skuad B-18 West Ham selain membantu pasukannya menjuarai Piala Liga Perdana B-17, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam sistem pembangunan kelab berkenaan.