SIK: "Syukur Alhamdulillah kami selamat daripada kemalangan ini kerana waktu itu saya sedang hidang makanan untuk makan tengah hari tetapi disebabkan anak hendak muntah, kami pergi ke pintu dapur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat, " kata Nor Amirah Mohd Latif, 38.
Nor Amirah adalah pemilik rumah yang dirempuh sebuah lori membawa dedak makanan haiwan di Kampung Betong, Jeneri, di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, lori dipandu seorang lelaki yang berada di tepi jalan berbukit dipercayai mengundur ke belakang sebelum merempuh rumah itu sekitar jam 12.45 tengahari tadi.
Menurut Nor Amirah, ketika kejadian dia bersama anak bongsu, Afiyah Haura Herman, 5, berada di ruang dapur untuk makan tengahari manakala suaminya, Herman Abd Samad, 43, berada di ruang hadapan rumah.









