KUALA LUMPUR: Bantuan awal persekolahan ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 untuk setiap murid, bagi tujuan persiapan sesi persekolahan tahun hadapan

Bagi tujuan itu, 5.3 juta murid layak menerima bantuan awal berkenaan yang akan membabitkan peruntukan keseluruhan RM1 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya satu keluarga mempunyai empat anak, mereka akan menerima RM800 untuk persiapan bagi sesi persekolahan 2027.

Bantuan ini akan disalurkan di sekolah supaya ibu bapa dapat hadir dan bertemu sendiri dengan guru sebagai tanggungjawab bersama bagi kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak.