FMM kata industri perkilangan sedang berdepan peningkatan kos operasi serta halangan dalam penerimagunaan teknologi, inovasi dan pelaburan hijau. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) menyuarakan kekecewaan terhadap Belanjawan 2027, menyatakan terdapat kekurangan dari segi sokongan kepada sektor perkilangan.
Presiden Jacob Lee berkata industri perkilangan sedang berdepan peningkatan kos operasi serta halangan dalam penerimagunaan teknologi, inovasi dan pelaburan hijau.
Lee berkata FMM kecewa kerana pakej sokongan bernilai RM1.5 bilion yang ia cadangkan tidak dimasukkan dalam belanjawan persekutuan. "Ini menyebabkan kekurangan dalam sokongan geran khusus untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkilangan menampung kos penerimagunaan teknologi," menurut kenyataan.






