Duta Enclave menempatkan Stadium Hoki Nasional, Arkib Negara Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (Gambar X) KUALA LUMPUR: Semantan Estate (1952) Sdn Bhd memfailkan saman baharu bagi memaksa kerajaan menjual tanah Duta Enclave di Kuala Lumpur dan membayar hasil jualan itu atau pampasan kepadanya berdasarkan nilai pasaran semasa yang dianggarkan antara RM12 bilion hingga RM13 bilion.
Syarikat itu berhujah bahawa ia kekal sebagai pemilik benefisial tapak seluas 263.272 ekar itu walaupun terdapat keputusan mahkamah terdahulu yang menghalangnya daripada mendapatkan semula milikan tanah tersebut atau memindahkan kembali hak milik kepada syarikat itu.






