SHAH ALAM - Gerakan mahasiswa bersedia membantu pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu membabitkan UiTM Holdings Sdn Bhd.Pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) Hazim Suhaimi berkata, gerakan mahsiswa bersedia membantu pihak berkuasa dalam apa jua bentuk termasuk berkaitan dokumentasi."Sekiranya pihak PDRM atau SPRM memanggil ataupun memerlukan bantuan mahasiswa, kami akan cuba sehabis baik untuk membantu dalam apa jua bentuk sekalipun," katanya pada sidang akhbar selepas satu flash mob di sini pada Jumaat.Hazim berkata, himpunan berkenaan bukan bertujuan menjadikan isu UiTM Holdings sebagai isu politik, sebaliknya mahu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara yang melibatkan institusi berkenaan."Kami hanya mahu menyebarkan maklumat bahawa isu ini tidak boleh diremehkan dan mesti sampai kepada setiap golongan masyarakat," katanya.Menurutnya, gerakan mahasiswa mengambil serius isu berkenaan susulan dakwaan mengenai kerugian melibatkan UiTM Holdings yang dilaporkan mencecah ratusan juta ringgit."Perkara itu menjadi lebih sensitif kerana ia turut dikaitkan dengan kes yang masih dalam siasatan pihak SPRM," katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM mengesan kepincangan dari aspek tatakelola susulan siasatan terhadap UiTM Holdings Sdn Bhd dan akan mengesyorkan langkah penambahbaikan kepada pihak terbabit.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan berkata, perkara itu merupakan prosedur biasa apabila siasatan mendapati wujud kelemahan dalam aspek tatakelola.SPRM akan mengesyorkan langkah penambahbaikan terhadap sebarang kelemahan tatakelola yang dikenal pasti sepanjang proses siasatan.Hazim turut menyeru warga UiTM termasuk mahasiswa dan kakitangan supaya tampil sekiranya mempunyai maklumat berkaitan sebarang salah laku yang melibatkan UiTM Holdings atau perkara lain yang belum disiasat."Keberanian untuk tampil bukan bermaksud menentang UiTM, sebaliknya sebagai usaha bersama untuk mempertahankan kepentingan institusi berkenaan," katanya.Flash mob berkenaan turut disertai mahasiswa dari UiTM Dungun, UiTM Kedah, selain pimpinan dan gerakan mahasiswa.
Gerakan Mahasiswa sedia bantu siasatan isu UiTM Holdings Sdn Bhd
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Gerakan Mahasiswa sedia bantu siasatan isu UiTM Holdings Sdn Bhd (this story)
- Free Malaysia Today Kes gangguan seksual kanak-kanak: Polis minta lelaki tampil bantu siasatan

