MELAKA – Seorang pekerja penghantaran berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun selepas didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap teman wanitanya bulan lalu.Tertuduh, Muhammad Jaafar, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman pada Jumaat.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa berusia 40 tahun di Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar pada 16 September lalu sekitar jam 11 pagi.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan.Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya mencadangkan jaminan RM10,000 berserta syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab Malek bagaimanapun merayu jaminan rendah terhadap tertuduh merupakan duda dan menanggung dua anak.Mahkamah menetapkan jaminan RM6,000 dengan dua penjamin berserta syarat dipohon. Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Oktober ini.