PETALING JAYA: Cellmax Healthcare Sdn Bhd (Cellmax) melancarkan produk pengurusan luka lanjutan proprietari, pencapaian penting daripada inisiatif penyelidikan dan inovasi tempatan kepada pembekal produk klinikal komersial.
Ia membabitkan dua produk utama, iaitu serbuk kering beku CellmaxTM (CellmaxTM freeze-dried powder) dan semburan luka CellmaxTM (CellmaxTM wound spray) yang dilancarkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang bersama Pengarah Urusan Cellmax, Loke Mei Chan pada Kongres World Union of Wound Healing Societies 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.







