Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata parti itu menyerahkan surat pelantikan kepada calonnya semalam.PETALING JAYA: PKR menambah satu lagi DUN untuk ditandingi pada PRN Melaka 14 Nov, menjadikan jumlah keseluruhan kerusi parti itu 10 berbanding sembilan yang diumumkan sebelum ini.
Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata kerusi tambahan itu ialah Ayer Limau yang akan ditandingi Jaimi Dimon, lapor Bernama.
Katanya, keputusan itu menjadikan jumlah kerusi yang akan ditandingi Pakatan Harapan (PH) sebanyak 22 berbanding 21 sebelum ini, walaupun pembahagian berkenaan masih tertakluk kepada perubahan melibatkan parti lain.
“Kami menyerahkan surat pelantikan semalam dan sejak itu menambah satu lagi kerusi dalam senarai,” katanya.







