Pengasas Yayasan Chow Kit Hartini Zainudin berkata kanak-kanak lelaki Myanmar itu sepatutnya dibebaskan mengikut peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001.PETALING JAYA: Tiada asas undang-undang untuk menahan seorang kanak-kanak Myanmar berusia sembilan tahun dalam tahanan, kata seorang aktivis hak kanak-kanak yang turut mengkritik keputusan majistret menolak ikat jamin terhadap tiga lagi kanak-kanak Myanmar yang didakwa atas tuduhan ugutan jenayah.
Pengasas Yayasan Chow Kit Hartini Zainudin mempersoalkan sama ada pihak berkuasa akan melayan kanak-kanak warga Malaysia dengan cara yang sama.
“Selepas 30 tahun dalam bidang ini, saya tidak percaya kita akan berbuat demikian. Kita akan menghubungi ibu bapa, mendapatkan bantuan pegawai kebajikan, menjadi orang tengah antara jiran dan menggunakan Akta Kanak-Kanak seperti yang dimaksudkan oleh Parlimen,” katanya.






