London: Thomas Tuchel percaya England sudah bersedia untuk menamatkan rekod tanpa kalah Sepanyol apabila kedua-dua pasukan bertemu juara dunia dan Eropah itu di Madrid, Isnin ini.
Walaupun kemenangan hanya menawarkan peluang untuk mendapat laluan lebih mudah pada undian suku akhir Liga Negara-Negara pada Mac depan, kejayaan menamatkan rekod 43 perlawanan tanpa kalah Sepanyol tetap menjadi detik bersejarah buat England.
"Sepanyol adalah pasukan yang sudah lupa bagaimana rasanya kalah. Jadi, sudah tentu kami memerlukan persembahan terbaik dan jika mampu melakukannya, ia akan memberikan suntikan semangat yang besar kepada kami.
"Saya fikir kami sudah berada pada tahap itu dan saya percaya kami bersedia untuk menang pada Isnin ini.









