PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menggesa kepimpinan parti itu memberi tumpuan kepada usaha mencapai kerjasama dengan Umno dalam PRN Melaka susulan penggantungan Perikatan Nasional (PN).
Hashim berkata kepimpinan PAS Pusat perlu meneruskan rundingan dengan Umno bagi membentuk kerjasama dan kedua-dua parti perlu mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan perpecahan antara mereka.
Beliau berkata kejayaan membentuk kerjasama PAS-Umno dalam PRN Melaka akan menjadi langkah penting untuk mengembangkannya ke PRU16.
“Sekarang adalah masa terbaik perpaduan PAS dan UMNO serta suburkan kerjasama tersebut.






