New York: Jon Rahm bakal meninggalkan LIV Golf yang sedang bergolak selepas menolak syarat "tidak boleh diterima" bagi musim depan, menurut peguamnya.
Pemain Sepanyol berusia 31 tahun itu antara nama besar yang menyertai liga golf kontroversi berkenaan menerusi perjanjian lumayan bernilai £260 juta (RM1.4066 bilion) pada Disember 2023.
Namun, selepas membelanjakan £3 bilion (RM16.23 bilion) dalam tempoh lima tahun, Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) menarik balik semua pembiayaannya pada April lalu, sekali gus menyaksikan LIV memfailkan permohonan perlindungan kebankrapan Bab 11 di Amerika Syarikat.
Dalam satu prosiding pendengaran, peguam Rahm, John Beck, berkata anak guamnya "sudah meneliti secara bebas cadangan syarat LIV 2.0".






