Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Okt setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan kesihatan mental di seluruh dunia.PETALING JAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai agar tidak teragak-agak mendapatkan bantuan sekiranya berdepan tekanan atau bebanan dalam kehidupan seharian.
Fahmi menekankan bahawa kesihatan mental perlu dijaga seiring dengan kesihatan fizikal, khususnya ketika berdepan tuntutan kerja, keluarga dan kehidupan seharian.
“Dalam kesibukan kerja, keluarga dan kehidupan seharian, jangan lupa untuk jaga kesihatan mental kita sepertimana kita menjaga kesihatan fizikal,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia hari ini.







