Wawasan pimpinan Hamzah Zainudin mahu menjadi penghubung antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, namun berisiko terpinggir apabila kedua-dua gabungan itu bekerjasama secara langsung. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Wawasan berisiko kehilangan momentum politik jika terus terpinggir ketika PAS dan Umno bergerak ke arah kerjasama secara langsung menjelang PRN Melaka akan datang, kata seorang penganalisis.
Dengan PRN ditetapkan pada 14 Nov, PAS dan Umno dilaporkan sedang mengadakan rundingan secara langsung berhubung kemungkinan aturan pilihan raya, sekali gus memperkukuh kerjasama yang mula dilihat di Johor sebelum diperluas ke Negeri Sembilan.
Pemimpin kedua-dua parti juga menghadiri perhimpunan parti masing-masing, menunjukkan hubungan kerjasama mereka yang semakin kukuh.






