KUALA LUMPUR: Selepas beraksi bersama Datuk Awie di Konsert Rock King – Last Man Standing 2026, penyanyi dan pelakon, Hannah Delisha tidak menolak peluang sekiranya mempunyai rezeki mempunyai projek duet bersama di masa hadapan.

Bagaimanapun, Hannah tidak menafikan fokusnya banyak tertumpu kepada bidang lakonan kerana tidak mempunyai pengurusan yang mengatur kerjayanya sebagai penyanyi.

“Setakat ini belum ada perbincangan rasmi untuk lagu duet bersama Awie, tetapi insya-Allah jika ada peluang, saya sedia mempertimbangkan.

“Bidang nyanyian ini agak mencabar bagi saya sekarang kerana saya tiada pengurusan khusus yang boleh fokus mempromosikan lagu-lagu saya,” katanya ketika ditemui semasa sidang media drama Dia Perempuan Sialan, di sini, baru-baru ini.