Belanjawan 2027 mencadangkan peruntukan RM3.4 bilion bagi baik pulih sistem rel Prasarana Malaysia Bhd dan perolehan 42 set tren baharu untuk KTMB. (Gambar Wikimedia Commons)PETALING JAYA: Peruntukan belanjawan sebanyak RM3.4 bilion bagi pemodenan perkhidmatan kereta api perlu disusuli pelaksanaan yang mantap dan penyelenggaraan berkala, kata seorang perunding pengangkutan.
Pengarah eksekutif MY Mobility Vision, Rahman Hussin berkata perbelanjaan modal mesti disertai disiplin operasi untuk menghasilkan keputusan sebenar.
“Kita mesti mengakui bahawa pembelian tren baharu dan menaik taraf infrastruktur tidak secara automatik menyelesaikan setiap masalah kebolehpercayaan perkhidmatan. Kejayaan bergantung pada sejauh mana pelaburan ini dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada FMT.








