Laporan Ketua Audit Negara 2/2026 dikeluarkan 5 Okt lalu mendapati kapal pertama LCS 1 mungkin hanya dapat beroperasi sepenuhnya pada Disember 2035. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kapal tempur pesisir (LCS) yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2035 tidak semestinya usang jika sistem dan teknologinya terus dinaik taraf mengikut perkembangan ancaman ketenteraan, kata penganalisis pertahanan.
Zaki Salleh.Zaki Salleh berkata, walaupun sebahagian sistem asal mungkin kurang relevan menjelang tempoh itu, keadaan tersebut tidak bermakna kapal berkenaan hilang nilai operasinya.
“Ya, ada kemungkinan sebahagian sistem asal tidak lagi berada pada tahap paling relevan ketika itu (2035), namun ini tidak bermakna LCS akan menjadi usang secara automatik,” katanya kepada FMT.






