PETALING JAYA: PAS digesa menyatakan pendirian sama ada bersedia menerima Presiden Umno Zahid Hamidi sebagai perdana menteri jika Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas PRU16.
Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, membangkitkan persoalan itu susulan ramalan penganalisis politik Ong Kian Ming bahawa Zahid berpotensi mendapat sokongan Sabah dan Sarawak untuk menjadi perdana menteri jika BN dan PAS atau PN membentuk kerajaan selepas PRU akan datang.
"Kalau dulu, ketika Zahid mahu menjadi timbalan perdana menteri, 47 pertuduhan menjadi persoalan.






