PETALING JAYA: Timbalan Presiden MIC M Saravanan petang tadi memperhebat kritikannya terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keputusan memanggil anak lelakinya yang berusia 12 tahun ke ibu pejabat agensi itu untuk diserahkan notis pengisytiharan harta.
Bekas menteri sumber manusi itu berkata, anaknya itu menemaninya ke ibu pejabat agensi antirasuah berkenaan kerana beliau difahamkan bahawa kanak-kanak 12 tahun itu perlu hadir sendiri bagi menerima notis, susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman pada 25 Sept.
Bulan lepas, Abd Halim dilaporkan berkata, notis itu akan diserahkan kepada Saravanan, isterinya dan dua anak mereka, manakala seorang lagi anak perempuan yang berada di luar negara akan menerimanya pada November.






