Puad Zarkashi dakwa Hamzah Zainudin selaku ketua pembangkang gagal mengemukakan cadangan atau dasar baharu dalam perbahasan Belanjawan 2027, Isnin lalu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Cadangan PAS menggantikan Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang tidak lebih daripada provokasi selagi beliau menjalankan tugasnya dengan baik, kata penganalisis yang turut membangkitkan soal kekurangan calon pengganti sesuai.

Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata tidak timbul keperluan menukar Hamzah semata-mata kerana PAS mempunyai lebih ramai Ahli Parlimen dalam blok pembangkang.

“Kalau PAS ganti pun, nak ganti dengan siapa? Rasanya memang sudah jelas bahawa dalam kalangan pemimpin Perikatan Nasional (PN), mungkin Hamzah adalah yang terbaik.