KUALA LUMPUR: Pembinaan Kapal Misi Pelbagai Guna 1 (MPMS 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjalan lancar mendahului jadual dan dijangka memulakan pelayaran pulang ke tanah air pada akhir Januari depan.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata apabila siap dan diserahkan kelak, MPMS 1 bakal melakar sejarah sebagai kapal terbesar di dalam armada APMM.
Beliau berkata perolehan aset strategik berkenaan akan membantu meningkatkan keupayaan anggota untuk melaksanakan pelbagai operasi di laut, bermula daripada kerangka penguatkuasaan dan pemantauan perairan hingga operasi mencari dan menyelamat (SAR).






/file/attachments/orphans/image518_247331.jpeg)