PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan hingga pukul 11 psgi ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan itu dijangka di negeri Kedah (Kulim, Bandar Baharu, Kuala Muda, Yan, Kota Setar dan Pendang), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Perak Tengah), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Seterusnya, Negeri Sembilan (Port Dickson, Seremban dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) dan Sarawak meliputi Samarahan (Sebuyau), Sri Aman (Pantu dan Lingga), Betong (Pusa), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Sarikei (Sarikei dan Maradong), Miri (Subis dan Miri), Bintulu (Bintulu dan Tatau), Sibu (Sibu).