Presiden Warisan, Shafie Apdal, yang menjadi ketua menteri dari 2018 hingga 2020, nafi menamatkan kontrak yang dipegang oleh kontraktor yang mengendalikan bahagian Lebuhraya Pan Borneo di Sabah. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP Sabah menggesa Warisan mengakui peranannya dalam kelewatan projek Lebuhraya Pan Borneo, dengan merujuk kepada penamatan kontrak rakan pelaksana projek (PDP).

Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Thien Ee Hang, berkata Presiden Warisan, Shafie Apdal, pernah mengakui bahawa beliau sendiri mengesyorkan pemansuhan model PDP ketika menjadi ketua menteri Sabah pada 2019.

Beliau berkata Shafie memberitahu Dewan Rakyat mengenai perkara itu pada 19 Okt dan Ahli Parlimen Semporna itu mengemukakan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, dan Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng.