Kuala Lumpur: Pengalaman antarabangsa menerusi program Talent Development Scheme (TDS) kendalian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memperkukuh perspektif jurulatih Malaysia, Abdul Musawir Abdul Gany, dalam bidang pembangunan bakat, pendidikan jurulatih dan aspek teknikal bola sepak.
Bekas pemain Piala Presiden dan skuad belia Johor FA itu terpilih sebagai jurulatih dari Malaysia untuk menyertai program FIFA Talent Coach, dengan penugasan bersama Persatuan Bolasepak Malawi (FAM) di Luwinga Inclusive Academy, Mzuzu.
Pengalaman terbabit memperluas pemahamannya tentang kepentingan sistem pembangunan pemain yang terancang, sokongan teknikal yang berkesan dan pendidikan jurulatih yang berterusan.








