Kuala Lumpur: Kuala Lumpur (KL) City FC bersama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) perlu menguruskan sendiri permohonan untuk proses naturalisasi pemain importnya, Giancarlo Gallifuoco sebelum sebarang tindakan boleh diambil di peringkat antarabangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan badan induk itu hanya akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas kelab berkenaan melengkapkan semua prosedur domestik.

Meskipun pihak peguam pemain terbabit ada berhubung dengan FAM, Noor Azman menjelaskan saluran dan tatacara rasmi menetapkan permohonan wajib bermula daripada pihak kelab sendiri.

"Pihak peguam beliau ada menghubungi kami, namun proses permohonan terbabit perlu dimulakan terlebih dahulu oleh pihak kelab dan persatuan yang diwakilinya.