Kuala Lumpur: Demi meraikan hari bahagia sahabat baik, pemain beregu wanita negara, M Thinaah, sanggup ke Bali, Indonesia bagi memastikan tidak terlepas menyaksikan detik istimewa Cheah Yee See mendirikan rumah tangga, semalam.
Thinaah mengambil masa daripada jadualnya untuk menghadiri majlis perkahwinan Yee See yang disatukan dengan jurulatih beregu campuran negara, Teo Kok Siang, dalam sebuah majlis bertemakan perkahwinan tepi pantai di pulau peranginan itu.
Menerusi perkongsian di Facebook, Thinaah meluahkan rasa gembira kerana berpeluang menyaksikan sendiri detik istimewa sahabatnya itu, selain menyifatkan kehadirannya sebagai sesuatu yang cukup bermakna.
"Apabila sahabat baik berkahwin, jarak bukan masalah. Kos juga bukan masalah. Saya tidak akan melepaskan peluang ini walau apa pun terjadi.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F14dadsad_731867.png&w=480&output=webp&q=85&we)