Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan terhadap Ketua Pengarah AKPS, Mohd. Shuhaily, dilaksanakan mengikut lunas perundangan selepas siasatan selesai. Beliau menyatakan simpati peribadi namun menolak campur tangan dalam proses siasatan dan pendakwaan.
- Anwar Ibrahim berkata prestasi baik Mohd. Shuhaily tidak mengecualikan beliau daripada mematuhi peraturan.
- PM menasihatkan agar tiada campur tangan daripada beliau atau Menteri Dalam Negeri dalam siasatan.
- Proses pendakwaan akan diteruskan jika pihak pendakwaan mendapati terdapat kes yang kukuh.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR: Tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dilaksanakan mengikut lunas perundangan selepas siasatan kes membabitkan beliau dijalankan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi baik Mohd. Shuhaily tidak mengecualikan beliau daripada mematuhi peraturan.
“Jika tanya saya daripada segi peribadi, saya simpati dengan beliau tetapi proses itu, bila ada dakwaan sama ada daripada orang ramai atau polis, itu soal siasatan.
“Jangan minta saya atau Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail campur tangan sampai ke situ.