SETIU: Risiko kemalangan setiap kali melalui jalan berbatu dan berbukit sepanjang kira-kira 400 meter di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bukit Pepari di sini, menjadi kebimbangan penduduk yang menggunakan laluan berkenaan.

Seorang penduduk, Nur Harfizah Ismail, 28, berkata, suaminya Mohammad Nor Zakaria, 45, sudah beberapa kali terjatuh motosikal ketika menggunakan laluan berke­naan akibat keadaan jalan yang tidak rata, berbatu dan sukar dilalui.

Katanya, keadaan lebih membimbangkan pada waktu malam dan ketika hujan kera­na laluan berkenaan gelap serta menjadi licin sekali gus meningkatkan risiko kemalangan penunggang motosikal.

“Kami sekeluarga tidak mempunyai pilihan selain menggunakan motosikal kerana kenderaan lain tidak dapat memasuki kawasan rumah yang terletak kira-kira 400 meter dari jalan utama itu.