Kuala Lumpur: Diabetes jenis 2 yang sebelum ini sering dikaitkan dengan golongan dewasa kini turut dikesan dalam kalangan kanak-kanak seawal usia 14 tahun, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap risiko komplikasi kesihatan jangka panjang.

Pakar Perunding Kanak-Kanak dan Endokrinologi Kanak-Kanak Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Ch'ng Tong Wooi berkata diabetes jenis 2 yang berlaku pada usia remaja lazimnya lebih agresif berbanding penyakit sama yang menyerang individu dewasa.

"Keadaan ini membimbangkan kerana kanak-kanak yang menghidap penyakit berkenaan berkemungkinan perlu hidup dengan diabetes selama beberapa dekad, sekali gus meningkatkan risiko mengalami penyakit buah pinggang, penyakit jantung, kerosakan saraf dan kehilangan penglihatan.