RSN Rayer persoal mengapa Zahid Hamidi buat dakwaan itu, yang menurutnya timbulkan kemarahan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.KUALA LUMPUR: RSN Rayer (PH-Jelutong) menuntut Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) mengemukakan surat yang menyatakan bahawa projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak telah dibatalkan.
"Mana surat yang memberhentikan projek ini bagi Sabah dan Sarawak? Saya mohon penjelasan. Jangan main-main di sini,” katanya ketika membahaskan belanjawan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dewan Rakyat.
Rayer merujuk kenyataan Zahid pada Selasa bahawa beliau mempunyai bukti dokumen berhubung pembatalan berkenaan, walaupun Kementerian Kewangan menjelaskan tiada projek yang sudah menerima surat setuju terima (SST) dibatalkan.








