Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak sehingga pagi ini. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak sehingga jam 9 pagi.

Dalam kenyataan di Facebook, ia berkata cuaca buruk itu melibatkan Sepang, Kuala Langat, Klang, Petaling, Kuala Selangor dan Sabak Bernam di Selangor manakala di Negeri Sembilan di daerah Port Dickson dan Seremban.

Di Sarawak pula, kawasan terjejas ialah Betong, Sri Aman, Samarahan, Serian dan Kuching.