Azahari Hasan berkata hasrat Nazri Aziz kembali bertanding sudah berlegar sejak tahun lalu namun tidak pernah memaklumkan secara peribadi kepadanya.PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Azahari Hasan bertegas tidak akan menyerahkan kerusinya kepada Barisan Nasional (BN) susulan hasrat Nazri Aziz kembali bertanding di kawasan itu pada PRU16.

Azahari yang kini bersama Wawasan usai dipecat Bersatu pada Februari lalu berkata, beliau akan terus bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) selepas memenangi kerusi itu pada PRU15.

"Walaupun sekarang Wawasan, kita akan pertahankan kerusi penyandang. Sebab Wawasan di bawah PN, jadi saya akan bertanding balik atas tiket PN.

“Takkan kita mudah-mudah nak serah balik pada BN begitu,” katanya kepada FMT, merujuk kehadiran parti komponen PN seperti PAS dan Gerakan di Padang Rengas.