Najib Razak mula menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanah rumah di kediamannya di Langgak Duta di Kuala Lumpur yang kini diisytiharkan sebagai penjara.PETALING JAYA: Syarat yang mengawal pelaksanaan tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak tidak boleh dicabar atau dipinda lagi, kata seorang peguam kanan dan pakar undang-undang.
Kitson Foong.Peguam kanan Kitson Foong berkata keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan tidak tertakluk pada semakan kehakiman.
Beliau menyifatkan sebarang usaha untuk mempersoalkan atau memohon pindaan terhadap syarat yang dikenakan bersama pengampunan bersyarat Najib sebagai 'tidak boleh dipertahankan dari sudut perlembagaan'.
“Lembaga Pengampunan bukan tribunal atau badan pentadbiran biasa yang keputusannya boleh dirayu,” katanya kepada FMT. Kedudukan lembaga itu berasaskan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan bahawa fungsinya hanya untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong.










