Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya akan memuktamadkan keputusan bertanding di Sarawak dalam masa terdekat.PETALING JAYA: PAS yang secara tradisinya bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi pada PRN Sarawak masih mempertimbangkan sama ada mahu meletakkan calon pada pilihan raya itu bulan depan.

Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan berhubung penyertaan parti itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

"Kita akan muktamadkan dalam masa terdekat (sama ada tanding atau tidak).

"Tradisi PAS sentiasa bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi," katanya kepada FMT.