Ismail Lasim, 67, yang juga Adun Juasseh mengangkat sumpah jawatan menteri besar pada 2 Ogos lalu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ismail Lasim sudah mengutus surat peletakan jawatan menteri besar Negeri Sembilan hari ini kepada Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Zambry Abd Kadir, berkata gabungan itu menghormati keputusan tersebut selepas menerima salinan surat peletakan jawatan berkenaan.

"Pengerusi BN akan mengemukakan cadangan calon menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, selaras dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan.