Bilionair Amerika Syarikat (AS) Warren Buffett menyumbangkan saham syarikat pelaburannya, Berkshire Hathaway, bernilai keseluruhan US$5.5 bilion kepada badan kebajikan yang dikendalikan oleh anak-anaknya, menurut syarikat itu.

"Hari ini, Warren E. Buffett, Pengerusi Emeritus Berkshire Hathaway, akan menukar 6,150 saham Kelas A kepada 9,225,000 saham Kelas B sebelum menyumbangkannya kepada empat yayasan keluarga.

"Sebanyak 3,690,000 saham akan disumbangkan kepada The Susan Thompson Buffett Foundation, manakala The Sherwood Foundation, The Howard G. Buffett Foundation dan NoVo Foundation masing-masing menerima 1,845,000 saham," menurut kenyataan Berkshire Hathaway, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Berdasarkan harga penutupan pasaran sebanyak US$592.85 sesaham, nilai keseluruhan sumbangan itu dianggarkan berjumlah US$5.47 bilion.