Daripada pendidikan dan kesihatan hingga tenaga boleh baharu, bekas penerima biasiswa Yayasan Khazanah memanfaatkan kepakaran mereka untuk memberi manfaat kepada masyarakat.
Key takeaways
Yayasan Khazanah, ditubuhkan 2006, telah memberi biasiswa kepada 1,893 rakyat Malaysia dan kini alumni menjadi profesional, usahawan serta pemimpin yang menyumbang kepada pelbagai industri.
- Yayasan Khazanah telah membantu 1,893 rakyat Malaysia melalui biasiswa dan program pembangunan kepimpinan.
- Alumni yayasan kini menjadi profesional, usahawan dan pemimpin yang menyumbang kepakaran kepada industri dan masyarakat.
- Pengarah Urusan Khazanah Nasional menekankan peranan yayasan dalam membentuk masa depan negara, bukan sekadar menyediakan peluang pendidikan.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan (enam dari kanan) dan Pengerusi Yayasan Khazanah Amirul Feisal Wan Zahir (lapan dari kiri) pada sambutan ulang tahun ke-20 yayasan itu.PETALING JAYA: Selepas dua dekad menyediakan biasiswa kepada anak muda Malaysia yang berpotensi, usaha Yayasan Khazanah melabur dalam pendidikan kini membuahkan hasil menerusi sumbangan bekas penerima biasiswanya kepada negara.
Sejak ditubuhkan pada 2006, yayasan yang menjadi cabang pemberian biasiswa Khazanah Nasional Bhd itu membantu 1,893 rakyat Malaysia menerusi biasiswa dan program pembangunan kepimpinan.
Ramai dalam kalangan penerima biasiswa itu kini bergelar profesional, usahawan dan pemimpin yang menyumbang kepakaran kepada pelbagai industri, institusi serta masyarakat di seluruh negara.