Adun PKR Pantai Jerejak persoal tindakan mengekalkan Umno dalam kerajaan Pulau Pinang ketika hubungan PH-BN semakin tegang susulan PRN Melaka.
Key takeaways
Fahmi, wakil PKR, menyoal kedudukan Umno dalam kerajaan Pulau Pinang selepas DAP menuntut PH menyingkirkan Umno, sementara PH Pulau Pinang mengekalkan kerjasama BN dan menolak tuntutan tersebut.
- Fahmi menyoal Umno selepas DAP menuntut PH menyingkirkan parti itu.
- Ketua Menteri Chow menolak tuntutan tersebut dan menegaskan keputusan memerlukan Majlis Presiden PH.
- PH Pulau Pinang pada Ogos memutuskan terus bekerjasama BN dan mengekalkan exco Rashidi Zinol.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Pada Ogos lalu, kepimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang sebulat suara memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan BN dan mengekalkan Adun Sungai Acheh Rashidi Zinol sebagai exco, meskipun menjalin kerjasama dengan PN di Negeri Sembilan. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Adun Pantai Jerejak Fahmi Zainol mempersoalkan pendirian DAP Pulau Pinang yang masih mengekalkan Umno dalam pentadbiran negeri, ketika hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semakin tegang.
“Sampai bila DAP Pulau Pinang nak kekalkan Umno dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang setelah bergaduh di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan semalam berbalas pantun disindir tapi masih mengekalkan Umno di Pulau Pinang,” katanya menerusi TikTok.