norhayati_nordin@hmetro.com.my
SELAIN tampil dengan lakonan hebat dalam drama, Shukri Yahaya, 38, kini didapati semakin menyerlah sebagai bintang filem menerusi Blood Brothers: Bara Naga dan Chelot yang mencatat 'box office'.
Bagaimanapun, bapa kepada dua anak ini mengakui 'cintanya' pada drama televisyen (TV) tetap tidak tergugat kerana masih sedia terima tawaran berlakon demi sokongan padu peminat.
Shukri bakal tampil dalam drama bersiri, Tertulis Kita Sampai Syurga arahan Along Kamaludin untuk slot Akasia TV3 bersama pelakon Qistina Khaled dan Ramona Zamzam.
Ujarnya, beraksi dalam drama adalah peluang untuk dia mengasah kemahiran lakonannya dengan pelbagai watak dan emosi yang menjadi eksperimen sebelum melangkah ke naskhah lebih besar.








