SELEPAS sekian lama memburu kemenangan di Marina Bay, Max Verstappen kembali dengan misi menebus kekecewaan apabila mahu menamatkan penantian untuk muncul juara Grand Prix (GP) Singapura buat kali pertama.Pemandu Red Bull itu hadir dengan keyakinan baharu selepas meraih kemenangan pertamanya musim ini pada GP Bahrain di Malaysia hujung minggu lalu, sekali gus menambah koleksi kemenangan kariernya kepada 72.Bagaimanapun, litar jalan raya Marina Bay masih menjadi antara cabaran yang belum berjaya ditakluki juara dunia empat kali itu.Karakter litar yang tidak rata, selekoh perlahan dan cuaca panas serta lembap sering menyukarkan Verstappen untuk bersaing bagi merebut kemenangan di Singapura.Verstappen mengakui jentera Red Bull sebelum ini kurang menyerlah di litar berkenaan, terutama ketika berdepan permukaan jalan yang tidak rata dan penggunaan bahu jalan."Saya rasa dalam beberapa tahun sebelum ini kami sentiasa tidak bernasib baik dalam perlumbaan agak perlahan dan jalan tidak rata."Jentera ini mungkin lebih kompetitif ketika kurang laju, tetapi kami bergelut di permukaan tidak rata dan bahu jalan. Kami tahu mengenainya dan sudah tentu, ada kerja yang belum selesai di sini," katanya.Pada edisi tahun lalu, Verstappen terpaksa berpuas hati di tempat kedua di belakang pemandu Mercedes, George Russell.Kali ini, pelumba Belanda itu berharap perubahan prestasi jentera Red Bull mampu membantunya mencabar kemenangan, sekali gus meneruskan momentum positif di rantau Asia Tenggara."Setiap tahun saya kembali ke sini dan saya cuba memenanginya. Saya harap kami boleh jadi lebih kompetitif tahun ini berbanding beberapa tahun lalu," katanya.
Verstappen ada misi besar di Singapura

Key points
- SELEPAS sekian lama memburu kemenangan di Marina Bay, Max Verstappen kembali dengan misi menebus kekecewaan apabila mahu menamatkan penantian untuk muncul juara Grand Prix (GP) Singapura buat kali pertama.
- Karakter litar yang tidak rata, selekoh perlahan dan cuaca panas serta lembap sering menyukarkan Verstappen untuk bersaing bagi merebut kemenangan di Singapura.
- Verstappen mengakui jentera Red Bull sebelum ini kurang menyerlah di litar berkenaan, terutama ketika berdepan permukaan jalan yang tidak rata dan penggunaan bahu jalan.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Verstappen pilih menang, bukan nama besar Ferrari
- Sinar Harian Verstappen ada misi besar di Singapura (this story)





