BERLIN: Kes jangkitan virus Sindbis disahkan buat kali pertama di Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Institut Robert Koch (RKI) di Berlin pada Khamis memaklumkan, pesakit adalah seorang lelaki berusia 60 tahun dari Baden-Wurttemberg, selatan Jerman.

Menurut RKI, antibodi yang menunjukkan jangkitan terdahulu dikesan beberapa tahun lepas dalam kalangan penderma darah dari negeri itu manakala virus itu sebelum ini turut dikesan pada nyamuk di kawasan berkenaan.

Namun, ini merupakan kali pertama virus itu dikesan mempunyai kaitan secara langsung dengan penyakit berkenaan.

RKI menyatakan bahawa kes semasa mengesahkan bahawa dengan kehadiran virus yang diketahui dalam nyamuk dan burung liar, kes jangkitan dalam kalangan manusia sememangnya boleh berlaku.