Presiden Umno, Zahid Hamidi, kata beliau akan memastikan tiada usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim.PETALING JAYA: Presiden Umno, Zahid Hamidi, akan memastikan tiada usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, sekiranya dakwaan mengenai perkara itu benar.

Zahid berkata, beliau tidak mendengar perkara itu akan dilakukan, setakat ini.

"Saya tidak mendengar perkara itu akan dilakukan. Jika benar adapun, saya akan menentukan supaya ia tidak berlaku," katanya lapor Berita Harian.

Zahid mengulas laporan yang memetik sumber bahawa Umno Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan usul berkenaan.