LOS ANGELES: Selepas aksi pembukaan MTV Video Music Awards (VMAs) 2026 mengundang pelbagai reaksi penonton, termasuk kritikan yang menyifatkannya sebagai 'tidak tersusun' dan 'kucar-kacir', Madonna akhirnya bersuara mengenai kemunculannya itu.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 68 tahun itu tidak memberi respons secara langsung terhadap kritikan berkenaan, sebaliknya memilih berkongsi beberapa foto di sebalik tabir menerusi Instagram, selain meluahkan penghargaan kepada pasukan yang menjayakan persembahannya.
"Berjaya mencapai impian dan rasanya sungguh membahagiakan," tulisnya.
Madonna turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang disifatkannya sebagai bekerja keras bagi merealisasikan visinya untuk persembahan berkenaan.






