Kuala Lumpur: Penyanyi rock legenda, Datuk Ramli Sarip, 73, mendedahkan insiden digam kerana berambut panjang di mana lagu-lagunya juga tidak boleh diputarkan di stesen radio antara ujian getir yang pernah dilaluinya sepanjang lima dekad dalam bidang seni.
Ramli yang lebih dikenali sebagai 'Papa Rock' berkata, dia tidak mahu memotong rambutnya ketika itu bukannya mahu tunjuk hero sebaliknya berpegang pada falsafah hidupnya.
"Saya masih ingat lagi, saya ada rakam lagu kira-kira 30 tahun yang lalu bersama Datuk Khadijah Ibrahim, Allahyarham Tan Sri SM Salim dan Rosiah Chik.
"Ada lagu Zaman dan banyak lagi lagu yang berpotensi untuk popular ketika itu tapi malangnya waktu itu saya digam kerana berambut panjang. Jadi lagu-lagu yang kita sudah rekod semua kena 'buang'.






