KUALA LUMPUR: Syarikat peruncitan optik dari Johor, Season Optical mencatat sejarah apabila berjaya menjual sebanyak 1,111 cermin mata dalam tempoh tiga hari dan menerima pengiktirafan daripada ASEAN Records dan ASIA Records.
Pengiktirafan itu diberikan bagi pencapaian 'First Mart-Based Eyewear Chain to Surpass 1,000 Pairs Sold in a Three-Day Warehouse Sale with a Live Public Sales Tally'.
Rekod berkenaan yang disahkan secara rasmi pada 27 September lalu diperoleh menerusi jualan gudang yang berlangsung dari 25 September lalu di U Sentral, Masai.
Menerusi pencapaian itu, Season Optical menjadi rangkaian optik berasaskan pusat beli-belah pertama yang berjaya menjual lebih 1,000 cermin mata dalam tempoh tiga hari menerusi jualan gudang, dengan jumlah jualan direkod dan dipaparkan secara terbuka kepada orang ramai sepanjang acara berlangsung.






