REMBAU: Riley Pickrell melakukan henjutan penting kira-kira 400 meter terakhir sebelum memecut untuk menjuarai Peringkat 6 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 dari Pandan Indah ke Rembau, hari imi.

Pelumba Modern Adventure Pro Cycling itu menamatkan perlumbaan sejauh 121.3 kilometer (km) dengan masa 2 jam 40 minit 6 saat (s), mengatasi pelumba XDS Astana, Matteo Malucelli, yang turut mencatat masa sama.

Seppe Van den Boer (Tudor Pro Cycling) menduduki tempat ketiga, manakala Rory Townsend (Unibet Rose Rockets) dan Christian Rees (Team Picnic PostNL) melengkapkan kelompok lima terbaik.

Pickrell berkata, kemenangan itu terhasil menerusi kerja berpasukan yang cemerlang terutama menjelang penghujung perlumbaan apabila rakan sepasukannya Scott McGill membawanya ke posisi terbaik sebelum selekoh terakhir.