NAGOYA: Menggalas tugas sebagai penentu kemenangan bukan situasi yang pernah dilalui Aira Azman, namun pemain itu berjaya mengatasi rasa gugup untuk membantu pasukan skuasy wanita negara mempertahankan pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.
Aira mempamerkan aksi meyakinkan apabila menewaskan Lee Ka Yi 11-9, 11-5, 11-4 dalam perlawanan ketiga untuk memastikan Malaysia menundukkan Hong Kong 2-1 pada aksi final di Arena Nagoya Kinjo Futo.
Kemenangan itu menyaksikan skuad negara mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi Hangzhou 2022, sekali gus menghadiahkan pingat emas ketujuh buat kontinjen Malaysia pada temasya kali ini, melepasi sasaran enam emas yang ditetapkan.
Aira mengakui berasa gementar ketika memasuki gelanggang kerana tidak pernah beraksi dalam perlawanan penentuan sebelum ini.






