KUALA LUMPUR: Kutipan RM19.5 juta selepas empat minggu tayangan menerusi filem Chelot menjadi pencapaian tertinggi buat pelakon Nadhir Nasar sepanjang bergelar anak seni, sekali gus membuka peluang baharu dalam perjalanan kerjayanya.

Nadhir, 28, berkata kejayaan filem berkenaan memberi kepuasan tersendiri kerana sebelum ini karya lakonannya pernah meraih kutipan yang baik, namun tidak menyamai pencapaian Chelot.

"Alhamdulillah, Chelot dapat kutipan RM19.5 juta setakat empat minggu tayangan. Saya sangat gembira sebab ini adalah kali pertama saya rasa saya ada filem yang mendapat kutipan begitu banyak.

"Sebelum ini kutipan okey, tetapi tidak setinggi apa yang kami dapat menerusi Chelot," katanya ketika ditemui di set penggambaran filem terbaharunya, Goreng, di sini, baru-baru ini.